Pengurusan Stres & Emosi

Tahukah Anda? Stres bukan sahaja menjejaskan emosi, tetapi juga kesihatan fizikal seperti sakit kepala, gangguan tidur, dan risiko penyakit kronik. Menurut kajian, 7 daripada 10 orang dewasa mengalami stres setiap hari, terutama akibat kerja, kewangan, dan hubungan.

Menyedari kepentingan ini, KPRJ telah menganjurkan sesi ceramah bertajuk “Pengurusan Stres & Emosi” yang disampaikan Puan Nur Hidayah binti Mohd Assabri (K.B; P.A), Pegawai Psikologi dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim pada 21 November 2024. Program ini memberi fokus kepada pemahaman tentang pengurusan stres, mengenali simptom-simptomnya, dan mempelajari strategi untuk menguruskan emosi secara berkesan bagi membantu meningkatkan kesejahteraan mental peserta dalam menghadapi cabaran harian.

Inisiatif ini mencerminkan betapa komited KPRJ dalam menyokong dan memberi pendedahan mengenai kesihatan mental kepada kakitangannya. Semoga inisiatif ini dapat memberi impak positif dalam kehidupan harian kakitangan dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni dan produktif.