Penyerahan Sumbangan KPRJ kepada Tabung Kasih Johor-Palestin

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) menzahirkan rasa simpati dan prihatin terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menerusi sumbangan Tabung Kasih Johor-Palestin yang diadakan pada 31 Julai 2024 di Kota Iskandar, Johor.

Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ telah menyerahkan sumbangan dana sebanyak RM150,000 kepada Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor.

Semoga sumbangan dana ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan melancarkan urusan saudara kita di Palestin. Insya Allah.