Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor selaku Penaung Diraja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Kompleks Bola Jaring Che’ Puan Khaleeda Johor yang terletak di Taman Suria, Johor Bahru pada 14 November 2024.
Kompleks sukan ini yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang persalinan, kemudahan sukan bola jaring, dan asrama pemain merupakan salah satu inisiatif dalam memperkasakan pembangunan sukan bola jaring di Johor. Dengan adanya fasiliti ini, diharap impian Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor untuk melihat sukan bola jaring di negeri Johor berkembang dengan lebih pesat dan cemerlang dapat direalisasikan.
KPRJ menerusi anak syarikat KPRJ E & C Sdn Bhd yang merupakan kontraktor utama projek ini komited dalam memastikan bahawa setiap elemen pembangunan kompleks ini memenuhi standard tertinggi dengan matlamat menyediakan kemudahan bertaraf antarabangsa untuk atlet dan komuniti bola jaring di Johor.