Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Johor

KPRJ telah menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Johor yang berlangsung meriah di Dataran Batu Pahat.

Dengan berpaksikan tema tahun ini, “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”, kontinjen KPRJ tampil berdisiplin dan penuh semangat ketika melaksanakan lintas hormat di hadapan Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, serta dif-dif kehormat. Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ turut hadir memberikan sokongan kepada anggota KPRJ yang terlibat.

Tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen KPRJ atas semangat, komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan. Penglibatan ini mencerminkan kecintaan terhadap tanah air, seiring dengan tema tahun ini yang menekankan keprihatinan terhadap rakyat serta perpaduan nasional. Merdeka