Program Ceramah Agama bertajuk Syiah vs Sunnah

KPRJ telah menganjurkan Program Ceramah Agama pada 25 Julai 2025 (Jumaat) bertempat di Seri Medini. Ceramah bertajuk Syiah vs Sunnah: Isu Akidah & Fitnah Akhir Zaman telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ishak Hanis Bin Asmail, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid & Surau, Jabatan Agama Islam Johor.

Program ini bertujuan memberikan pencerahan berkaitan isu-isu akidah yang sering menjadi kekeliruan dalam masyarakat serta memperkukuh pemahaman terhadap pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Semoga program ini memberi manfaat kepada seluruh warga KPRJ dan jemaah dalam menghadapi cabaran akhir zaman dengan kefahaman agama yang lebih jelas dan kukuh.