Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor hari ini telah menjayakan program Johor Bersih @ Sungai Skudai di Sungai Taman Impian Emas, Skudai.
Program ini adalah inisiatif YAB Menteri Besar Johor melalui kerjasama dengan agensi-agensi angkat terpilih untuk bersama-sama menjalankan aktiviti pembersihan dan keceriaan persekitaran di Sungai Skudai.
YAB Menteri Besar bersama pegawai-pegawai tertinggi agensi Kerajaan Negeri berkaitan turut turun ke sungai bagi membersihkan sampah sarap dan barang buangan.
Selain itu, kaedah rawatan air sungai menggunakan ‘mudball’ turut diadakan.
Kebersihan sungai adalah tanggungjawab bersama untuk kelestarian alam dan generasi masa hadapan.