Program Kesedaran tentang Perlaksanaan E-Invois

KPRJ telah mengadakan satu Program Kesedaran tentang Perlaksanaan E-Invois untuk semua warga kerja KPRJ pada 12 September 2024. Taklimat disampaikan oleh Puan Norzila Othman, Pengarah Eksekutif Percukaian, bersama Encik Aminudin bin Awaludin, Pengarah Percukaian wakil daripada Tetuan Salihin Tax Advisory Sdn Bhd.

Program ini memberi peluang kepada semua peserta untuk memahami pelaksanaan e-Invois dengan lebih mendalam, meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan, dan menyokong inisiatif digitalisasi KPRJ. Program ini diharap dapat mempertingkatkan ketelusan dan keberkesanan dalam semua urusan perniagaan syarikat.