Sekitar Sesi Perjumpaan Akhir Tahun bersama Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar bersama Pegawai dan Kakitangan KPRJ di Seri Medini, Iskandar Puteri pada 19 Disember 2024.
Antara pengisian sesi perjumpaan ini adalah pemakluman pencapaian prestasi kewangan serta pencapaian Key Performance Indicator (KPI) bagi tahun 2024. Ketua Pegawai Eksekitif juga memaklumkan perancangan syarikat bagi tahun 2025 dan menyatakan hasrat serta harapan pemegang taruh dalam sesi pertemuan kali ini.
Semoga segala perancangan syarikat bagi tahun 2025 dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang melalui kerjasama serta permuafakatan semua kakitangan KPRJ.