Sesi Taklimat Insurans Kakitangan KPRJ

Sekitar Sesi Taklimat Insurans Kakitangan KPRJ di Seri Medini yang melibatkan penyertaan dari semua wargakerja Kumpulan KPRJ. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan berkenaan pelan insurans yang disediakan kepada kakitangan termasuk pelan Group Hospitalization and Surgical, Group Term Life, Group Personal Accident serta polisi tambahan Smart Saver bagi mereka yang berminat untuk menambah perlindungan sedia ada.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Felly Dalilina binti Nurulhuda, dan Encik Nik Mohd Rabani Bin Wan Ismail dari Howden Insurance Brokers Sdn Bhd. Dalam sesi ini kakitangan juga diberikan peluang untuk bertanya dengan lebih lanjut berkenaan manfaat perlindungan yang ditawarkan.

Pelaksanaan sesi taklimat ini merupakan salah satu inisiatif KPRJ dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan wargakerjanya sentiasa diberi keutamaan.