Taklimat kesihatan Bersama KPJ Puteri Specialist Hospital

KPRJ meneruskan komitmen dalam memperkasa kesejahteraan warga kerja melalui penganjuran sesi taklimat kesihatan yang telah berlangsung pada 23 Februari 2026 (Isnin) bertempat di Seri Medini. Program ini merupakan kesinambungan daripada Analisis Komposisi Badan (Body Composition Analysis) yang telah dilaksanakan pada 4 Februari 2026 lalu, sebagai usaha berterusan memantau dan meningkatkan tahap kesihatan warga kerja.

Inisiatif ini bertujuan memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan kendiri serta menggalakkan pendekatan yang lebih proaktif ke arah amalan gaya hidup sihat dan seimbang.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh penceramah jemputan Puan Nur Hafizah Abdul Hadi menerusi tajuk “Kurus tanpa U-Turn” serta Puan Hanis Nabilah Zulkifli dengan perkongsian bertajuk “Losing Weight, Gaining Health: What Actually Works” yang memberi penekanan kepada panduan pemakanan sihat dan rutin senaman yang praktikal serta berkesan untuk diamalkan secara konsisten.