Laksaman Run 2024

Laksamana Run 2024 telah diadakan di Gateway Garden Bandar Medini, Iskandar Puteri, Johor pada 10 Ogos 2024.

Acara larian sejauh 5 KM ini merupakan acara tahunan pengumpulan dana anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) dengan jumlah penyertaan seramai 5,000 orang peserta bagi tahun ini.

KPRJ telah turut sama menyumbang dalam acara tahunan ini dan sumbangan telah disampaikan oleh Encik Zainal Abidin bin Zakaria, Ketua Pegawai Operasi KPRJ kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim yang merupakan Penaung DiRaja YKTLJ.

Sumbangan ini merupakan antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat KPRJ kepada YKTLJ bagi membantu pesakit-pesakit kanser.

Fight Like Jalil!