Pemimpin Eksekutif
Farid Bin Hassan
Farid Bin Hassan
Encik Mohd Farid bin Hassan telah dilahirkan pada 8 Julai 1974. Beliau merupakan graduan Universiti Utara Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.
Beliau telah mula menceburi sektor kerajaan negeri semenjak tahun 2002. Karier awal beliau adalah sebagai Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat selama 2 tahun sebelum diberikan amanah sebagai Penolong Pengarah Pendaftaran di Pejabat Tanah dan Galian pada tahun 2005. Kefasihan dalam mengutarakan pandangan dan idea membuatkan beliau dipercayai bagi menjalankan tugas sebagai Penolong Pengarah Pembangunan di Pejabat Tanah dan Galian tidak lama selepas itu. Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pembangunan di Pejabat Tanah dan Galian. Encik Mohd Farid juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Pontian dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kulai serta Batu Pahat. Beliau kemudian dinaikkan pangkat dan kembali ke Pejabat Tanah sebagai Pentadbir Tanah Daerah. Seterusnya, beliau diamanahkan sebagai Setiausaha Bahagian di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan). Pengalaman dalam mengendali projek-projek kerajaan negeri menjadikan beliau individu yang sangat kritis dan inovatif. Kini, di Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd, beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Sektor Perancangan Strategik.
Encik Mohd Farid dikenali sebagai individu yang ceria dan prihatin terhadap pekerja-pekerja bawah jabatan seliannya. Sifat kebapaan yang dimiliki beliau amat disenangi semua orang. Sumbangan idea bernas, pandangan serta tunjuk ajar beliau telah menjayakan Perancangan Strategik. Hal ini secara langsung dapat menaikkan nama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd ke peringkat yang lebih tinggi di masa hadapan.