Sekitar Sesi Perjumpaan Pertengahan Tahun Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar bersama Pegawai dan Kakitangan KPRJ di Seri Medini, Iskandar Puteri pada hari ini.
Antara pengisian sesi perjumpaan ini adalah pemakluman pencapaian prestasi kewangan serta status semasa Key Performance Indicator (KPI) bagi pertengahan tahun serta sasaran bagi tahun 2024. Perancangan pembangunan modal insan serta peningkatan kemahiran pengurusan kakitangan juga dimaklumkan dalam perjumpaan tersebut.
Semoga segala perancangan syarikat bagi tahun 2024 dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang melalui kerjasama serta permuafakatan semua kakitangan KPRJ.