Kelab Sukan KPRJ menjadi tuan rumah bagi sukan E-Sports dalam Kejohanan Iskandar Partner Game 2024

Kelab Sukan KPRJ telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi sukan E-Sports yang berlangsung pada 26 Julai 2024 di Seri Medini. Sukan E-Sports adalah salah satu sukan yang dipertandingkan dalam Kejohanan Iskandar Partner Game 2024 anjuran Kelab Rekreasi Iskandar Investment Berhad dengan penglibatan daripada syarikat-syarikat korporat di negeri Johor.

Keputusan penuh sukan E-Sports mengikut kategori permainan sukan ini adalah seperti berikut:

Mobile Legends
1-Sunway
2-KPRJ
3-IRDA
4-EcoWorld

FC24 1V1
1-Iskandar Investment Berhad
2-Gleneagles
3-IRDA
4-Gleneagles

FC24 2V2
1-IRDA
2-Gleneagles
3-EcoWorld
4-KPRJ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan pasukan yang bertanding. Semoga dengan adanya kejohanan ini pada setiap tahun dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kakitangan syarikat melalui semangat kesukanan yang tinggi.