SESI KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

SESI KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) serta barisan pengurusan tertingginya telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Dato’ Lukman Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, di Seri Medini, hari ini.

Dalam sesi kunjungan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar buah fikiran, berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi dalam pengurusan korporat untuk memastikan syarikat sentiasa berdaya saing. Selain itu, kedua-dua pihak juga berbincang untuk mengenalpasti potensi peluang perniagaan yang boleh dijalankan secara usahasama.

Semoga dengan sesi kunjungan hormat ini seterusnya dapat menjalinkan kerjasama erat dalam meneroka peluang perniagaan pada masa akan datang.