Sekitar program Sembang Santai Hal Tanah bersama Encik Azman bin Suib, Penasihat Jabatan Tanah KPRJ yang berlangsung di Seri Medini pada pagi tadi.
Sesi santai namun penuh bermanfaat ini memberi peluang kepada warga kerja KPRJ untuk memahami dengan lebih mendalam isu-isu berkaitan perihal tanah yang melibatkan Kanun Tanah Negara, perundangan, proses dan prosedur bagi pembangunan dan pemilikan tanah.
Pengalaman luas Encik Azman dalam bidang pentadbiran tanah telah memberikan banyak input berguna dan relevan khususnya dalam konteks pembangunan tanah milik KPRJ dan anak-anak syarikat.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan sesi ini. Semoga inisiatif sebegini dapat diteruskan untuk memperkasa ilmu dan kefahaman warga kerja KPRJ yang terlibat.