Yang Berhormat Dato’ Lukman Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor di Seri Medini KPRJ pada 23 Julai 2025 bersama barisan pengurusan kanan dan rakan usahasama di bawah KPRJ Environment Sdn Bhd anak syarikat milik KPRJ.
Dalam sesi kunjungan tersebut telah diberikan taklimat ringkas mengenai inisiatif hijau yang sedang dilaksanakan oleh KPRJ Environment Sdn Bhd. Diharapkan kerjasama strategik ini dapat memperkukuh usaha kelestarian dan meningkatkan impak positif terhadap komuniti serta alam sekitar.