Sesi Perjumpaan Pertengahan Tahun Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ

Sekitar Sesi Perjumpaan Pertengahan Tahun Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar bersama Pegawai dan Kakitangan KPRJ di Seri Medini, Iskandar Puteri pada hari ini.

Antara pengisian sesi perjumpaan ini adalah pemakluman pencapaian prestasi kewangan KPRJ bagi tempoh 5 tahun sejak 2021, pencapaian semasa prestasi kewangan dan Key Performance Indicator (KPI) bagi tahun 2025. Selain itu, YB Dato’ turut berkongsi status program pembangunan modal insan serta peningkatan kemahiran pengurusan bagi beberapa kumpulan kakitangan yang telah dikenalpasti akan menjadi pelapis untuk memimpin syarikat pada masa hadapan.

Semoga segala perancangan syarikat bagi tahun 2025 dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang melalui kerjasama erat oleh semua kakitangan KPRJ untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.