Amanat Awal Tahun 2026 di Seri Medini, Iskandar Puteri

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) telah mengadakan Sesi Amanat Awal Tahun 2026 pada 8 Januari 2026 bertempat di Seri Medini, Iskandar Puteri yang turut dihadiri barisan pengurusan tertinggi serta seluruh kakitangan KPRJ.

Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ telah menyampaikan amanat yang merangkumi pemakluman pencapaian prestasi kewangan dan pencapaian Key Performance Indicator (KPI) bagi tahun 2025 serta belanjawan dan sasaran KPI bagi tahun 2026. Beliau turut berkongsi statistik pencapaian prestasi kewangan KPRJ untuk tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2021 sehingga 2025 dan perancangan perniagaan bagi tempoh 5 tahun akan datang sehingga tahun 2030.

Selain itu, inisiatif OneKPRJ: Unity Towards Excellence After 30 Years dan hala tuju Pengurusan Bakat KPRJ (Talent Management) turut diperkenalkan.

Beliau berharap agar segala perancangan dan sasaran syarikat bagi tahun 2026 dapat direalisasikan melalui semangat kerjasama dan komitmen seluruh warga kerja KPRJ, selaras dengan aspirasi untuk memperkukuh kedudukan KPRJ sebagai pemacu pembangunan mampan Negeri Johor.