Jelajah Kasih Ramadan

Rangkuman program Jelajah Kasih Ramadan anjuran Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) bagi penyerahan Rumah Kasih Johor (RKJ) tahun 2023.
RKJ mensasarkan golongan yang berada dalam senarai e-kasih di negeri Johor. Sebanyak 30 buah rumah telah diserahkan kepada para peserta sempena program ini.
KPRJ menerusi anak syarikat KPRJ E & C Sdn Bhd, merupakan kontraktor utama bagi pembinaan RKJ bagi tahun 2023.
YB Dato’ Mohd Jafni Bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan serahan RKJ bagi daerah Kulai dan Johor Bahru. Hadir sama, YB Datin Paduka Dr. Hajah Suhailizan binti Suliman, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ), wakil Pejabat Daerah dan Ketua masyarakat bagi setiap daerah yang terlibat iaitu Tangkak, Muar, Segamat, Batu Pahat, Mersing, Kulai dan Johor Bahru.
Semoga sumbangan dari Kerajaan Negeri ini memberi keselesaan dan kegembiraan kepada para penerima.