KPRJ E & C Sdn. Bhd. menyertai Hari Profesion Teknikal Negara 2025

KPRJ E & C Sdn. Bhd., anak syarikat di bawah Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) telah menyertai Hari Profesion Teknikal Negara 2025 sebagai salah satu pempamer yang berlangsung pada 10 dan 11 Disember 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia dengan tema “Mengorak Inovasi Masa Depan Demi Kemanusiaan”.

Dalam program tersebut, Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia wakil rasmi Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi turut meluangkan masa untuk melawat ruang pameran KPRJ E & C Sdn. Bhd.

Penyertaan ini diharap dapat memperkukuh perkongsian pengetahuan, mempamerkan kepakaran teknikal serta menyumbang ke arah pembangunan inovasi mampan demi kesejahteraan masyarakat dan negara.