KPRJ E & C Sdn Bhd Raih Kedudukan Top 10 Anugerah SME100 Fast Moving Companies 2025

KPRJ E & C Sdn Bhd (KECSB), syarikat milik penuh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ), sekali lagi mengukir pencapaian membanggakan apabila tersenarai dalam Top 10 Anugerah SME100 Fast Moving Companies 2025.

Pengiktirafan berprestij itu telah diterima oleh Pengarah Eksekutif KECSB, Encik Shaiful Bahari bin Hussain, mewakili pihak syarikat, sekali gus mencerminkan prestasi kukuh dan pertumbuhan konsisten KECSB dalam sektor pembinaan dan infrastruktur.

Pencapaian ini melambangkan kekuatan asas perniagaan syarikat serta komitmen berterusan dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi sebagai rakan strategik yang dipercayai.

Lebih bermakna, kejayaan ini hadir seiring sambutan ulang tahun ke-30 KPRJ, sekaligus mengukuhkan peranan kumpulan itu dalam menyumbang kepada pembangunan Johor melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi, berteraskan inovasi dan kelestarian.

KECSB turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik, pihak berkepentingan serta komuniti atas sokongan berterusan yang menjadi pemangkin kepada kejayaan ini. Syarikat itu kekal komited untuk terus menyumbang kepada masa depan Johor yang lebih mampan dan sejahtera.