KPRJ memberikan sumbangan kepada mangsa banjir di Johor.

KPRJ komited dan turut serta dalam usaha kesiapsiagaan menghadapi situasi banjir di Johor dengan menyumbangkan barangan keperluan berbentuk kotak makanan bagi membantu meringankan beban mangsa yang terjejas.

Sumbangan ini telah diserahkan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji On bin Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Belia, Sukan dan Sukarelawan Negeri Johor.

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat serta menjadi sebahagian daripada usaha meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.