KPRJ menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di negeri Johor dengan menyumbangkan sebanyak 12,000 unit barangan makanan kepada Southern Volunteers untuk diagihkan ke pusat pepindahan sementara banjir.
Sumbangan ini telah diserahkan oleh Encik Amin bin Sharip, Pengurus Besar Kanan KPRJ E & C Sdn. Bhd. kepada Yang Berhormat Dato’ Haji On bin Jabbar@Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Kesukarelawanan). Turut serta dalam penyerahan ini adalah Ketua Pegawai Operasi KPRJ, Encik Zainal Abidin bin Zakaria.
Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan bebanan mangsa banjir.
Terima kasih kepada KPRJ Rangers yang telah membantu dalam penyerahan sumbangan ini.