Laksamana Run 2025

Laksamana Run 2025 telah diadakan di Gateway Garden Bandar Medini, Iskandar Puteri, Johor pada 19 Oktober 2025.

Acara larian sejauh 5 KM dan 10 KM ini merupakan acara tahunan pengumpulan dana anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) dengan jumlah penyertaan seramai 5,000 orang peserta bagi tahun ini.

KPRJ telah turut sama menyumbang dalam acara tahunan ini dan sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Shahrin Dato’ Rahmat kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim yang merupakan Penaung DiRaja YKTLJ.

Sumbangan ini merupakan antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat KPRJ kepada YKTLJ bagi membantu pesakit-pesakit kanser.

Fight Like Jalil!

          Â