LAMBAIAN KASIH

KPRJ turut sama menyertai Lambaian Kasih yang disambut meriah dengan hampir 1000 orang terdiri daripada agensi terlibat seperti Permodalan Darul Takzim, Southern Volunteers, Petron, pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama berhimpun di sepanjang bahu jalan di Jalan Skudai bagi meraikan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar ke Istana Negara.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berangkat ke Lapangan Terbang Senai, bagi ke Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.