KPRJ telah menganjurkan Ceramah Anti Scammer & Jenayah Siber pada 9 Mei 2025 di Seri Medini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang jenayah siber yang semakin berleluasa serta memberikan panduan tentang langkah perlindungan diri.
Program ini disampaikan oleh Yang Dihormati ASP Bersara Tuan Rahmat Fitri bin Abdullah, Pengasas dan Pengarah Rahmat Fitri Consultant Sdn. Bhd., yang juga merupakan Duta Anti Scam Polis Diraja Malaysia.
Semoga sesi ceramah ini memberi pendedahan penting kepada warga kerja KPRJ mengenai taktik penipuan siber dan langkah.
pencegahan yang wajar diambil oleh setiap individu dalam dunia digital masa kini