Majlis Makan Malam Amal “A Night For Fighters”

 

Menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Makan Malam Amal “A Night For Fighters” anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (“TLJCF”) yang telah diadakan pada 28 November 2024 di Sunway Big Box, Iskandar Puteri. Turut berangkat, Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim.

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd (“KPRJ”) menzahirkan rasa prihatin dengan menjadi salah satu Penaja Emas kepada TLJCF bagi menyokong kos rawatan dan keperluan pejuang kanser. Sijil penghargaan bagi Penaja Emas telah disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Sebanyak RM1.635 juta sumbangan daripada 50 penaja telah berjaya dikumpulkan oleh TLJCF menerusi penganjuran majlis ini yang terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat korporat, dan sumbangan individu sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyokong keperluan pejuang-pejuang kanser.