Sekitar Majlis Pembukaan dan Gala Dinner Youth Sustainability Forum 2024 (YSF2024)
Johor Sustainability Centre (JSC) dengan kolaborasi bersama Kelab Belia Prihatin telah menganjurkan Youth Sustainability Forum 2024 (YSF 2024) pada 16 hingga 20 Ogos 2024, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkenaan kelestarian dan kepentingan penjagaan alam sekitar di kalangan belia ASEAN serta memupuk nilai-nilai murni yang menjurus ke arah pembangunan lestari.
Dalam masa yang sama, forum ini juga akan membawa pengisytiharan aspirasi belia ASEAN ke Conference of the Parties ke-29 (COP-29) di Baku, Azerbaijan pada November 2024.
KPRJ berbesar hati menjadi penaja bagi forum ini dan sumbangan telah disampaikan oleh Encik Mohd Zafarudin bin Razali, Pengurus Besar KPRJ Environment Sdn Bhd selaku wakil rasmi Yang Berhormat Datoβ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ. Encik Zainal Abidin bin Zakaria, Ketua Pegawai Operasi KPRJ turut hadir dalam Majlis Pembukaan YSF bagi pihak Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ.β