KPRJ terus komited dalam memperkukuh amalan tadbir urus korporat melalui penganjuran Program Latihan Pemerkasaan Kepimpinan Korporat yang berlangsung pada 28 Mei 2025 di Sunway Hotel Big Box, Sunway City Iskandar Puteri.
Dengan tajuk “Transparency Matters: A Director’s Approach to Handling Conflict of Interest” yang disampaikan oleh Dr. Mark Lovatt daripada Institute of Corporate Directors Malaysia (ICDM), program ini memberi tumpuan dalam memperkukuh pemahaman mengenai pengurusan konflik kepentingan secara telus dan beretika, selaras dengan rangka kerja tadbir urus semasa, mempertingkat integriti dalam membuat keputusan yang melibatkan potensi konflik serta membina hubungan profesional yang terbuka dan berkesan antara pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah.
Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan KPRJ dalam melahirkan kepimpinan berintegriti serta mendukung budaya tadbir urus yang cemerlang, ini kerana KPRJ percaya bahawa kepimpinan berintegriti adalah tunjang tadbir urus yang cemerlang.