Projek Ternakan Udang Putih KPRJ

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) pada 19 Jun 2025 telah berbesar hati menerima kunjungan kerja daripada Yang Berbahagia Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) dan Pengurusan Tertinggi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) ke Projek Ternakan Udang Putih KPRJ yang terletak di Kolam Inkubator Fasa III, Gelang Patah.

Sepanjang sesi lawatan tersebut, taklimat yang komprehensif berkenaan kaedah penternakan, status pelaksanaan dan perancangan masa hadapan Projek Penternakan Udang Putih ini telah disampaikan oleh Ts Haji Mohd Izuan bin Maarof, Pengurus Kanan Jabatan Strategi Korporat dan Hubungan Pemegang Taruh KPRJ.

Lawatan kerja ini diharap dapat memperkukuh hubungan dua hala antara KPRJ dan DOF,membuka ruang kerjasama yang lebih strategik serta perkongsian kepakaran dalam usaha memperkasa industri akuakultur secara holistik terutamanya di Negeri Johor.