Sambutan 30 Tahun KPRJ Penuh Bersejarah Menerusi Penjenamaan Semula

Raikan Usia Tiga Dekad Dengan Identiti Korporat Baharu

ISKANDAR PUTERI [17 November 2025] – Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (“KPRJ”) hari ini meraikan Ulang Tahun Ke-30 yang bukan sahaja menampilkan identiti korporat baharu, malah turut membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh pembangunan Johor serta pengaruhnya di seluruh negara.

Majlis Perasmian Sambutan 30 Tahun KPRJ

Majlis berprestij ini disempurnakan oleh:

  • Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, bersama

  • Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor,

  • Yang Berhormat Dato’ Haji Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor, serta

  • Yang Berhormat Dato’ Lukman Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ

Kehadiran Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan para tetamu kehormat mencerminkan sokongan padu terhadap KPRJ sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi negeri.

Sorotan Montaj Tiga Dekad KPRJ

Sambutan dimulakan dengan tayangan montaj khas yang mengimbau perjalanan KPRJ selama tiga dekad merangkumi kemajuan, pembangunan dan sumbangan KPRJ kepada rakyat Johor.

Perjalanan tiga dekad ini turut diabadikan menerusi pelancaran ‘Coffee Table Book’ yang mendokumentasikan sejarah penubuhan KPRJ sejak 1995 serta pencapaian dan hala tuju KPRJ.

Penerbitan eksklusif ini selari dengan Tema ulang tahun, “3 Dekad Membina Legasi, Mencorakkan Masa Hadapan.”, sekali gus menjadi rujukan bernilai tinggi untuk generasi akan datang memahami sumbangan dan aspirasi KPRJ terhadap pembangunan negeri Johor.

Pelancaran Logo Baharu KPRJ

Kemuncak acara memaparkan montaj pelancaran logo baharu KPRJ. Menerusi lakaran DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memotret logo baharu KPRJ, sebagai simbolik bermulanya era penjenamaan semula serta identiti korporat baharu KPRJ.

Pelancaran logo dan identiti baharu ini bukan sekadar transformasi visual, malah penegasan semula terhadap matlamat dan arah tuju KPRJ.

Identiti Baharu Berasaskan Semangat Kemajuan & Ketahanan

Identiti korporat baharu KPRJ direka berasaskan:

  • Semangat kemajuan

  • Perpaduan, dan

  • Ketahanan

Identiti baharu ini mencerminkan kesediaan KPRJ memperkukuh kedudukan di Johor serta memperluas kerjasama ke seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, YB Dato’ Lukman Abu Bakar, berkata:

“Penjenamaan semula ini bukan sekadar perubahan logo. Ia menandakan transformasi menyeluruh, memperkenalkan penjenamaan yang lebih jelas dan menyatukan anak-anak syarikat serta pelaburan di bawah satu identiti yang kukuh.”

Tiga Dekad Peranan KPRJ Dalam Pembangunan Johor

Sejak ditubuhkan pada 1995, KPRJ dipertanggungjawabkan dengan pelbagai projek pembangunan yang membentuk landskap ekonomi dan sosial Johor.

Dari infrastruktur strategik hingga pembangunan hartanah dan pelaburan, KPRJ terus memperluas portfolionya ke sektor-sektor berimpak tinggi.

Terbaharu, KPRJ turut meneroka sektor alam sekitar selari aspirasi kelestarian dan agenda hijau global. Komitmen selama 30 tahun ini memastikan setiap usaha KPRJ membawa nilai jangka panjang kepada rakyat Johor.

Deklarasi Masa Hadapan: Inovasi & Kelestarian

Sambutan Ulang Tahun ke-30 bukan sekadar menyingkap pencapaian lalu, tetapi deklarasi keyakinan terhadap masa hadapan yang dipacu:

  • Inovasi

  • Kelestarian

  • Komitmen tidak berbelah bahagi kepada Johor

-TAMAT-

Mengenai Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ)

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) ditubuhkan pada 8 November 1995 sebagai syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Johor. Sejak itu, KPRJ telah berkembang menjadi antara pemacu utama pembangunan negeri dengan penglibatan dalam pelbagai projek merangkumi:

  • Pembinaan & kejuruteraan

  • Pengurusan aset dan hartanah

  • Perkhidmatan digital

  • Pelaburan, serta

  • Alam sekitar

KPRJ turut memainkan peranan penting dalam beberapa projek strategik negeri. KPRJ merupakan sebahagian daripada agenda Iskandar Malaysia melalui pegangan dalam :

  • Iskandar Investment Berhad (IIB)

  • Infra Desa (Johor) Sdn. Bhd.

  • Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd.

  • Southkey City Sdn. Bhd.

Dengan kedudukan kewangan yang kukuh, kepimpinan berpengalaman serta pasukan yang komited, KPRJ terus menyumbang nilai berpanjangan untuk manfaat negeri dan rakyat Johor.

KPRJ beraspirasi menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Johor yang terunggul, bukan sahaja dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Fokus utamanya adalah untuk kekal relevan, kukuh dari segi kewangan, menjana pulangan mampan serta membina budaya berasaskan :

  • Integriti

  • Inovasi

  • Kerja berpasukan

  • Kepimpinan, dan

  • Keusahawanan

Dipandu oleh nilai-nilai ini, KPRJ terus memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan Johor.

 

Maklumat Media

Dikeluarkan oleh ShekhinahPR bagi pihak Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Sebarang pertanyaan, diminta hubungi:
Christopher Raj — ShekhinahPR / 012-216 1881 / chris@shekhinah.my
Wan Noriza — ShekhinahPR / 012-353 8100 / wannoriza@shekhinah.my
Zulkarnain — ShekhinahPR / 011-1182 6523 / zulkarnain@shekhinah.my