KPRJ telah mengadakan Sesi Amanat Akhir Tahun 2025 dan Majlis Kesyukuran yang berlangsung di Seri Medini, Iskandar Puteri pada 12 Disember 2025 melibatkan barisan pengurusan tertinggi serta seluruh kakitangan KPRJ.
Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, telah menyampaikan amanat yang merangkumi pemakluman pencapaian prestasi kewangan dan pencapaian Key Performance Indicator (KPI) semasa sehingga November 2025 dan unjuran pencapaian sehingga Disember 2025. Beliau turut berkongsi statistik pencapaian prestasi kewangan KPRJ untuk tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2021 sehingga 2025, dan perancangan strategik syarikat untuk masa hadapan.
Diharapkan segala perancangan syarikat bagi tahun 2026 dan pada masa akan datang dapat direalisasikan dengan lebih cemerlang melalui semangat kerjasama, komitmen dan permuafakatan seluruh warga kerja KPRJ.
