Sesi Perkongsian Ilmu: Pengalaman Eksklusif di Oxford University

Satu sesi perkongsian ilmu bersama En. Hussein Md Nor, Pengurus Besar, KPRJ Development Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 30 Mei 2025 bertempat di Seri Medini.

Dalam sesi ini, En. Hussein Md Nor telah berkongsi pengalaman beliau semasa menyertai High-Performance Leadership Program di Oxford University, England kepada barisan Pengurusan Tertinggi KPRJ serta para peserta program Certified Professional Manager. Tuan Haji Ab Razak Bin Khalid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor serta beberapa Pegawai Tadbir Negeri Johor turut dijemput dalam sesi tersebut.

Beliau turut menerangkan modul-modul intensif yang dipelajari sepanjang program tersebut serta berkongsi pengalaman berharga berinteraksi dengan pemimpin industri dari seluruh dunia. Perkongsian ini memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai pendekatan kepimpinan berprestasi tinggi yang merangkumi aspek pemikiran strategik, kecekapan membuat keputusan kritikal, serta pembangunan kepimpinan dalam landskap global yang dinamik.

Semoga sesi perkongsian ini dapat membuka minda dan menyuntik inspirasi kepada semua yang hadir untuk terus melangkah sebagai pemimpin yang berkarisma dan berwawasan untuk menerajui kepimpinan syarikat atau organisasi pada masa hadapan.