Sidang Media dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Maybank Cycling Series Johor

 

Sekitar Sidang Media dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara penaja utama, Malayan Bank Berhad (Maybank) dan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) untuk pelancaran siri pertama kejohanan berbasikal Maybank Cycling Series Johor 2024 yang diadakan pada 16 Mei 2024 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

Johor bakal menjadi tuan rumah bagi penganjuran Maybank Cycling Series Johor pada tahun ini dibawah kelolaan MSNJ dan KPRJ Sports Sdn Bhd, anak syarikat milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) yang akan berlangsung pada 14 September 2024.

Kejohanan berbasikal Maybank Cycling Series yang pertama kali akan diadakan di negeri Johor ini bakal menampilkan 2 kategori perlumbaan, merangkumi jarak 120km bagi pelumba elit dan 60km bagi komuniti dan pelumba amatur dengan trek laluan bermula di Iskandar Puteri.

Pendaftaran kini dibuka dan maklumat lanjut boleh dilayari menerusi pautan www.johorcyclingseries.com

Jom sertai sekarang!