Program Johor Bersih @ Sungai Skudai di Sungai Taman Impian Emas, Skudai.

Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor hari ini telah menjayakan program Johor Bersih @ Sungai Skudai di Sungai Taman Impian Emas, Skudai.

Program ini adalah inisiatif YAB Menteri Besar Johor melalui kerjasama dengan agensi-agensi angkat terpilih untuk bersama-sama menjalankan aktiviti pembersihan dan keceriaan persekitaran di Sungai Skudai.

YAB Menteri Besar bersama pegawai-pegawai tertinggi agensi Kerajaan Negeri berkaitan turut turun ke sungai bagi membersihkan sampah sarap dan barang buangan.

Selain itu, kaedah rawatan air sungai menggunakan β€˜mudball’ turut diadakan.

Kebersihan sungai adalah tanggungjawab bersama untuk kelestarian alam dan generasi masa hadapan.

Onn Hafiz Ghazi

MBIP – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Lukman Bakar