Majlis Penyerahan Sijil Rumah Kasih Johor dan J-Home One Stop Centre RMMJ (Jenis C), Rumah Bandar Idaman Putra, Kulai pada 30 Julai 2023 di Padang Akasia, Angsana Johor Bahru Mall

Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyampaikan Majlis Penyerahan Sijil Rumah Kasih Johor dan J-Home One Stop Centre RMMJ (Jenis C), Rumah Bandar Idaman Putra, Kulai pada 30 Julai 2023 di Padang Akasia, Angsana Johor Bahru Mall bersempena dengan Ekspo Hartanah Johor 2023.

Selaku pelaksana projek Rumah Kasih Johor, KPRJ telah diwakili oleh Yang Berbahagia Encik Zainal Abidin bin Zakaria, Ketua Pegawai Operasi KPRJ bagi sesi penyerahan sijil kepada 10 orang pegawai-pegawai daerah mewakili setiap daerah di Johor.