Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, KPRJ telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa bersama warga kerja bertempat di Seri Medini, Iskandar Puteri.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif mengimarahkan Ramadan melalui pelaksanaan Program Tadarus Al-Quran yang telah berlangsung sepanjang bulan Ramadan 2026, sekali gus menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan warga kerja KPRJ.
Majlis Khatam Al-Quran tersebut telah dipimpin oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, sebelum diteruskan dengan bacaan selawat dan diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama warga kerja KPRJ.
Semoga program seumpama ini terus memperkukuh nilai kebersamaan dan keberkatan dalam kalangan warga KPRJ sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
