Lawatan Pemantauan Projek Penternakan Udang

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) telah menerima kunjungan Lawatan Pemantauan Projek di bawah Program Mengoptimumkan Penggunaan Tanah dengan kerjasama Kerajaan Negeri *Johor* dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Kolam Inkubator Fasa III, Gelang Patah pada 15 April 2026 (Rabu), jam 11.30 pagi.

Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan status projek serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan perancangan yang ditetapkan. Delegasi KPKM diketuai oleh Encik Mohamad Haniff bin Hassan bersama Encik Mohd Fahmi Kamal bin Mohamed Noh, manakala *BPENJ* diwakili oleh Puan Nooraein binti Zainuddin dan Encik Muhammad Lutfi Zuhdi bin Ilman. Turut hadir adalah*juga* wakil pengurusan KPRJ.

Projek ini telah siap sepenuhnya pada 31 Mac 2026 dan kini bersedia untuk memulakan operasi penternakan udang secara bersepadu.
Projek ini dijangka memberi impak positif kepada industri akuakultur dan komuniti setempat melalui peningkatan pengeluaran udang putih serta peluang ekonomi yang lebih luas.