FESTIVAL SEKOLAH AGAMA ANGKAT KPRJ-HOPE 2020

JOHOR BAHRU, 12 APRIL 2021 – Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (“KPRJ”) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (“JAINJ”) sekali lagi mengadakan acara tahunan iaitu Festival Sekolah Agama Angkat KPRJ-HOPE 2020 bertempat di Dewan Utama Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru hari ini.


Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi,Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor sekaligus merasmikan majlis ini. Turut hadir di majlis ini adalah Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman,Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ). Buat julung kalinya pada tahun ini, Yayasan Warisan Johor (“YWJ”) dipilih sebagai rakan strategik KPRJ dalam penyediaan venue majlis dan persembahan pembukaan serta pengisian khas majlis.


9 buah sekolah agama sekitar negeri Johor telah dipilih sebagai sekolah angkat KPRJ-HOPE bagi
sesi 2020. Sekolah-sekolah berikut adalah :-
1) Sekolah Agama Ibnu Sina, Kulai
2) Sekolah Agama Bandar Putra 2, Kulai
3) Sekolah Agama Batu 26, Kulai
4) Sekolah Agama Indahpura, Kulai
5) Sekolah Agama Parit Semerah, Pontian
6) Sekolah Agama Bandar Pontian, Pontian
7) Sekolah Agama Melayu Raya, Pontian
8) Sekolah Agama Taman Scientex, Johor Bahru
9) Sekolah Agama Sungai Tiram, Johor Bahru

Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat dalam diri setiap pelajar dalam bidang penyampaian awam, fesyen, seni lukis dan mewarna. Selain itu, pelajar juga dapat mengetengahkan tajuk-tajuk tentang isu semasa yang giat diperkatakan pada masa kini
dalam pertandingan Da’i.


Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman berkata, “Selaku kontraktor utama Projek Pembangunan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ), KPRJ mengambil langkah proaktif untuk terus menyumbang pada sekolah-sekolah agama yang terlibat, menjangkaui tugas menyediakan prasarana sekolah yang selesa.”


Menurut beliau lagi, Festival Sekolah Agama Angkat KPRJ-HOPE 2020 yang telah diadakan buat kali ke-3 ini bermula dari tahun 2018 merupakan inisiatif KPRJ dalam membentuk modal insan yang dinamik dalam kalangan pelajar melalui penambahbaikkan akitiviti kurikulum pendidikan
agama selari dengan peredaran zaman. KPRJ mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terutama kepada Yang Berhormat Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor yang sentiasa memberi sokongan terhadap segala inisiatif KPRJ dalam memartabatkan sekolah agama di negeri ini. Penghargaan juga diberikan kepada Yayasan Warisan Negeri Johor, Jabatan Agama
Islam Negeri Johor (JAINJ), Majlis Agama Islan Negeri Johor (MAINJ) kerana menyokong usaha KPRJ dalam menjayakan Festival Sekolah Agama Angkat KPRJ-HOPE 2020 sesi ke-3 pada tahun ini.