Property

Jauhar Prihatin

Skim Sewa Beli Hartanah

Jauhar Prihatin

JAUHAR PRIHATIN merupakan Skim Sewa Beli Hartanah Johor yang dirangka dengan terperinci untuk merealisasikan hasrat Kerajaan dan Rakyat Negeri Johor mencapai matlamat 1 Keluarga 1 Rumah. Juahar Prihatin menyasarkan golongan M40 dan B40 sebagai sasaran utama perlaksanaannya. Skim ini juga menyediakan satu platform untuk golongan ini memiliki rumah mereka sendiri dalam masa kurang daripada 5 tahun.

Konsep sewa sambil menabung ini juga akan menjadikan setiap peserta mampu memiliki unit kediaman sendiri dengan menabung / mengumpul wang pendahuluan sebelum membeli rumah yang telah ditetapkan harga jualan dari mula menyewa.

JAUHAR PRIHATIN ini akan menjadikan peserta benar-benar bersedia untuk layak dari segi kewangan untuk mendapatkan pinjaman bank / institusi kewangan yang sebelum ini mereka gagal memperolehinya.

Syarat-Syarat Wajib Permohonan

  • Keutamaan kepada Rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Johor lebih dari 10 tahun.
  • Berusia lingkungan 18 – 45 tahun dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar isi rumah RM1,500 – 10,000 sebulan (mengikut katogeri rumah yang dipohon).
  • Pemohon / pasangan tidak mempunyai rumah sendiri / merupakan rumah pertama.
  • Pemohon tidak muflis.
  • Pemohon merupakan pengundi di Negeri Johor.
Borang-Jauhar-Prihatin

Miliki kediaman sendiri

Usaha membantu golongan berpendapatan rendah memiliki hartanah dalam bandar.