KPRJ Health Talk – Ergonomic : Back Pain

Sakit belakang boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk postur badan yang kurang betul, regangan otot, stress atau kecederaan yang merencatkan aktiviti am seharian.

Menyedari kepentingan ini, KPRJ telah mengadakan satu sesi penerangan kesihatan KPRJ Health Talk dengan topik Ergonomic : Back Pain bersama pakar fisioterapi, Puan Hanis Nabilah binti Zulkifli daripada KPJ Puteri Specialist, Johor Bahru.

Semoga dengan pendedahan dan tips yang diberikan dapat memberi manfaat kepada semua warga KPRJ dan seterusnya mewujudkan budaya kerja yang sihat di tempat kerja.