Majlis Makan Malam Amal ‘Lights Of Hope’

KPRJ telah menyumbangkan sebanyak RM50,000.00 kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) sempena Majlis Makan Malam Amal ‘Lights Of Hope’ bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada pejuang-pejuang kanser yang memerlukan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ kepada Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim, disaksikan oleh Ahli Lembaga Pengarah TLJCF, Dato’ Ismail Karim dan Dato’ Dr. Mohd Khairi Yakub; Pengarah Eksekutif TLJCF, Kol. Dato’ Mohamed Perang Bin Haji Musa.

Sebanyak RM1.5 juta berjaya dikumpul daripada 50 penaja terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat korporat dan sumbangan individu menerusi penganjuran majlis makan malam amal ini.

Sumbangan ini adalah sebahagian dari inisiatif tanggungjawab sosial korporat KPRJ bagi membantu rawatan pesakit-pesakit kanser di negeri Johor.