LAKSAMANA RUN 2023

Laksamana Run 2023 telah diadakan di Gateway Garden Bandar Medini, Iskandar Puteri, Johor pada 5 Ogos 2023.

Acara larian sepanjang 5KM ini merupakan acara tahunan anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ).

Penyampaian cek tajaan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim yang merupakan Penaung DiRaja acara ini.

Sumbangan ini adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat KPRJ kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor bagi membantu pesakit-pesakit kanser.

KPRJ turut tidak melepaskan peluang dengan menghantar 25 orang wakil bagi menyertai acara larian amal ini.

Fight Like Jalil!