Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa bersama kakitangan KPRJ

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, KPRJ telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa bersama kakitangan di Seri Medini, Iskandar Puteri.
Majlis ini diadakan bagi memupuk semangat membudayakan Al-Quran serta meningkatkan cinta terhadap Al-Quran melalui Program Tadarus Al-Quran yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadan 2024.
Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ telah mengetuai Majlis Khatam Al-Quran tersebut.
Bagi mendapatkan keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, KPRJ turut menyampaikan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Sains Al Insyirah Johor Bahru, diikuti dengan bacaan selawat dan seterusnya diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama kakitangan serta pelajar-pelajar tahfiz.