Majlis Khatam Al-Quran KPRJ 2023 telah diadakan di Seri Medini, KPRJ.

Majlis ini diadakan bagi memupuk semangat cintakan Al-Quran melalui Program Tadarus Al-Quran yang telah dijalankan sepanjang bulan ramadhan.

Majlis ini telah dipimpin oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ.

Kira-kira lebih 150 kakitangan serta barisan pengurusan tertinggi KPRJ turut serta dalam majlis tersebut.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil kepada para peserta tadarus Al-Quran dan sukarelawan banjir yang telah terlibat dalam misi pasca banjir di daerah Tangkak dan Batu Pahat.

Kakitangan KPRJ juga turut diraikan dengan pemberian kuih raya daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Kelab Sukan dan Rekreasi KPRJ dan Koperasi Kakitangan KPRJ.