Majlis Pembukaan KPRJ Johor Esports Festival 2022 (Grand Final)

Majlis Pembukaan KPRJ Johor Esports Festival 2022 (Grand Final) yang telah disempurnakan oleh YBhg. En Zainal Abidin Bin Zakaria, Ketua Pegawai Operasi, KPRJ di Kompleks Sukan Educity, Johor Bahru.Turut hadir En. Mohammad Nazrul Bin Abd Rahim, Presiden Johor Bahru Esports Association, En Sharil Nizam Bin Abdul Rahim, Pengarah Yayasan Warisan Johor, En Mahathir Bin Mohd Salleh, wakil Iskandar Investment Berhad dan En Raja Fouzeel Akmal Bin Raja Zainal, Pengurus Besar Sports Johor Sdn Bhd.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang tiga hari ini bermula 21 sehingga 23 Oktober 2022 seperti Futsal, Beyblade, Fun Run, Konsert Rocktober, Bike Show, Konsert Rocktober dan Cosplay Anime.Jom beramai-ramai kunjungi KPRJ Johor Esports Festival 2022 (Grand Final).

Untuk maklumat lebih lanjut di laman sosial rasmi di Johor Esports Festival.

#kprj#kprjofficial#jef2022#sportsjohor#pubg#mlbb#fifa11#esports