Majlis Penyerahan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) bagi Sekolah Agama Bandar Kulai 1 dan Sekolah Agama Taman Pulai Emas, Kulai

Majlis Penyerahan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) bagi Sekolah Agama Bandar Kulai 1 dan Sekolah Agama Taman Pulai Emas, Kulai telah diadakan pada hari ini.

Penyerahan ini telah disampaikan oleh YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor kepada wakil Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kulai, Ustaz Mohd Zul bin Roslan. Majlis ini turut disaksikan oleh Pengarah JAINJ, Dato’ Haji Md Rofiki bin Dato’ Haji A. Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Tuan Haji Lukman bin Abu Bakar dan Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Zainor bin Adani sempena Sesi Libat Urus YAB Menteri Besar Johor bersama Kepimpinan Daerah Kulai sempena Belanjawan Johor 2022.