Majlis Penyerahan Stadium Olahraga & Stadium Ragbi, Kompleks Sukan Johor

Majlis Penyerahan Stadium Olahraga & Stadium Ragbi, Kompleks Sukan Johor di antara Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Perbadanan Stadium Johor (PSJ).

Majlis ini telah di sempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Ramlee bin A Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Pembangunan). Pihak KPRJ diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman dan pihak PSJ diwakili oleh Pengarah Perbadanan Stadium Johor, Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz.

KPRJ amat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada detik bersejarah dimana Stadium Olahraga ini merupakan Stadium Olahraga pertama di Malaysia.