Pembangunan Hartanah & Pengurusan Aset
Jauhar Prihatin
JAUHAR PRIHATIN ialah Skim Sewa Beli Hartanah Johor yang direka secara terperinci bagi merealisasikan hasrat Kerajaan dan Rakyat Negeri Johor bagi mencapai matlamat 1 Keluarga 1 Rumah. Jauhar Prihatin menyasarkan kumpulan M40 dan B40 sebagai sasaran utama pelaksanaannya. Skim ini juga menyediakan platform untuk mereka memiliki rumah sendiri dalam tempoh kurang daripada 5 tahun.
Konsep menyewa sambil menabung juga akan menjadikan setiap pembeli mampu memiliki unit kediaman sendiri dengan menyimpan/ mengumpul wang pendahuluan sebelum membeli rumah yang harga jualannya telah ditetapkan dari awal menyewa.
JAUHAR PRIHATIN akan memastikan peserta layak dari segi kewangan untuk mendapatkan pinjaman bank / institusi kewangan.
Syarat Permohonan Wajib
Keutamaan diberikan kepada penduduk Negeri Johor atau warganegara Malaysia yang telah menetap di Negeri Johor melebihi 10 tahun.
Berumur antara 18 - 45 tahun dan sudah berkahwin/ mempunyai tanggungan.
Pendapatan isi rumah bersih RM1,500 - 10,000 sebulan (mengikut kategori rumah yang dipohon).
Pemohon / pasangan tidak mempunyai rumah sendiri / adalah rumah pertama.
Pemohon tidak muflis.
Pemohon merupakan pengundi di Negeri Johor.